Goodbyee

 Assalamualaikum. 
Alhamdulilah dan syukur ke hadrat illahi kerana aku masih hidup di dunia ini.

Luahan hati aku yang keras macam batu dan ego yang sering tinggi bergunung dalam hidup aku untuk yang terakhir kali pada tahun 2011 ini. 

Hello 2012 please be nice, be perfect, be cheerfull, be everything that can make me happy please? I hope so


Saya mintak maaf mungkin selama 15 tahun saya menumpang kat dunia ni, terlalu banyak perkara yang menyakitkan hati telah saya lakukan. Mungkin saya sengaja atau mungkin tidak. Saya mintak maaf. Selama ini saya memang kuat melenting. Kuat maki orang bila saya tak puas hati. Saya tak pernah jaga hati dan perasaan orang yang berada di sekeliling saye. Saya mintak maaf sangat sangat. Saya manusia awak, manusia semuanya nak sempurna. Mungkin saya rasa saya dah cukup sempurna sangat sampai saya lupa siapa diri saya sebenar. Saya menumpang. Ye saya tahu saya hanya seorang hamba allah yang tak sempurna. Saya cuma menumpang kat dunia ini. Kite belom tahu macam mana perjalanan hidup kite. Mungkin saya pergi dulu sebelom sempat saya mintak maaf dengan awak. Atau mungkin awak pergi dulu tanpa memaafkan kesalahan saya. Ya allah maafkan kesalahan hamba mu ini.
 
Tolong jangan ambil hati dengan perangai saya yang macam budak budak ini. Saya memang macam neh. Kadang tu saya nak bergurau jea tapi gurauan saya tu buat awak terasa dengan saya. Mungkin bagi saya perbuatan saya tu kelakar tapi awak? Siapa tahu. Saya mintak maaf sangat sangat.
 
Saya dah cuba faham orang di sekeliling saya. Yea saye takguna. Saya tak pernah nak buat orang sekeliling saya happy. Saye seorang yang amat pentingkan diri sendiri. Ego tinggi memuncak. Ya allah aku cume manusia yang lemah. Aku selalu rase benda yang aku buat betol. Tapi sebenarnya tak. Aku juga nak sempurna macam orang lain. Aku nak juga happy macam orang lain. Melihat kebahagiaan orang lain pon sudah cukup membahagiakan hati aku.
 
Papa, mama and semua family. Kakak minta maaf. Kakak tak pernah bagi kebahagiaan dekat semua. Dari dulu sampai sekarang tak pernah. Maaf kakak tak bagi kegembiraan kat mama dengan papa. Orang lain dapat bagi mak ayah die 9A, 8A, 7A tapi kakak? kakak minta maaf. For now on, i'm trying to change. Kakak nak jadi anak yang baik dan solehah? tapiii? harap harap 2012 dapat ubah perangai kakak. Kakak minta maaf sangat sangat. Kakak sayang sangat mama dgn papa.
 
Terima kasih pada sesiapa yang selalu menegur segala kesalahan saya. Terutama kepada family dan kawan kawan yang tak pernah jemu memberi nasihat, sokongan,semangat kepada saya. Saya tahu semua yang korang buat sebab korang sayang saya kan? Terima kasih dan saya minta maaf sangat sangat. Saya selalu buat benda bodoh yang orang gile takkan buat kan. Tapi saya nak korang ingat, benda yang kita taknak sangat berlaku pada diri kita inilah yang akan kita buat. Trust me.
  
Last, saya tak salahkan korang semua. Salah saya. Selamanya dan semuanya salah saya. Saya mintak maaf saya tak cukup sempurna. I'm sorry. But i want you to know that i will always love you all.

You can close your eyes to the thing's that you don't want to see but you can't close your heart to the things you don't want to feel.

     Assalamualaikum.
With love ; SizAsf